Tips Memilih Bedung & Barut

Tips Memilih Bedung & Barut

Ramai yang bertanya kain cotton flannel tu macam mana? Lembut tak? Sejuk tak?

OK lah, utk tidak mengelirukan bakal-bakal ibu terutama yang baru pertama kali nak jadi ibu, lebih elok kalau saya terangkan dulu apa itu kain cotton flannel.

Sebenarnya cotton flannel ni sama je maksudnya dengan kain kapas. Sifatnya yang lembut dan agak sejuk menyebabkan ia amat sesuai digunakan oleh bayi yang baru lahir. Kalau kita pernah tengok bayi yang baru lahir di hospital kerajaan, biasanya bayi di bedung dengan kain berwarna hijau, manakala kalau bersalin di hospital swasta, bayi dibedung dengan kain bercorak. Haaaaa…Itulah kain cotton flannel.

Bezanya kalau kita gunakan cotton flannel dengan cotton biasa adalah dari segi kekemasan.

Kain cotton flannel ni lebih terletak elok dan kemas pada perut baby dan kain cotton biasa ni kadang2 boleh jadi bra untuk baby.

Ini hasil research yang kami dapat mengenai kain kapas/cotton flannel:

“Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi.

Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.”

Jadi dalam konteks kami, pakaian yang di maksudkan adalah barut/bedung.

Walaubagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing. Samada anda mahukan cotton flannel atau cotton biasa, kerana di Shaz Bedung & Barut Bayi, kami menyediakan tempahan utk kedua-dua jenis kain ini. Yang penting, kita barut perut baby kita supaya tak kembung. Nanti siapa yang tak senang duduk

Kalau tengok baby tak selesa akibat kembung perut? Haaa..jawab sendiri..he3..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *