Barut Bayi – Strap / Zap-on

RM7.00RM8.00

Material: 100% Cotton Flannel.

Barut bayi kami di jahit dengan penuh ketelitian & kekemasan. Kerana keselesaan bayi anda adalah keutamaan kami. Kedua-dua lapisan barut hanya menggunakan material cotton flannel sahaja.

Terdapat lebih daripada 100 corak & warna menarik yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Design dipilih secara rawak (mengikut kategori jantina).

Clear
SKU: TLI Category: Tags: , ,

TIPS MEMILIH BARUT BAYI

Alaaa… Tapi baby belum keluar mana nak tau berat baby? Okeh, dia cenggini, utk baby newborn biasanya boleh gunakan Barut saiz S atau M. Saiz S atau M di gunakan semasa baby dalam hari, sebab biasanya ketika ini bayi tersangatlah kecil comel ya amat. Kalau pakai yang besar sangat dah macam barut pinjam pula. Hehehe…

Dek kerana baby cepat membesar, sekejap je berat dah naik, maka pada ketika itu barut saiz S atau M mungkin sudah tidak sesuai lagi di gunakan. Jadi pada ketika itu, barut saiz L pula di perlukan utk membarut perut bayi bagi mengelakkan kembung perut.

Tapi macam mana kalau saiz L pun dah tak muat???

Haaa pada ketika itulah perlunya Barut Gantung. Lagi-lagi kalau bayi yang mudah mengalami kembung perut, penggunaan Barut haruslah di teruskan sehingga bayi anda benar-benar bersedia untuk tidak memakai barut lagi. Sebab itulah di BedungBarutBaby kami menyediakan pelbagai jenis Barut Bayi dengan pelbagai saiz mengikut kesesuaian bayi anda.

Jadi kena beli semua saiz ke??

Itu terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Kerana seperti saya katakan tadi, setiap bayi adalah unik. Setiap mereka adalah berbeza. Waima anak pertama & kedua pun berbeza sifatnya.

Okay? Saya harap penerangan ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

Weight 0.035 kg

Reviews


There are no reviews yet.

Be the first to review “Barut Bayi – Strap / Zap-on”


css.php