Barut Bayi Bertali – Plain Putih

RM30.00

Material: 100% Cotton Flannel.

Barut bayi kami di jahit dengan penuh ketelitian & kekemasan. Kerana keselesaan bayi anda adalah keutamaan kami. Kedua-dua lapisan barut hanya menggunakan material cotton flannel sahaja.

5 pcs setiap set.

Clear
SKU: TLI Category: Tags: , ,

TIPS MEMILIH BARUT BAYI

Ramai yang tanya macam mana nak pilih saiz barut yang sesuai utk bayi. Almaklumlah, baby dok ada dalam perut, macam mana pula nak ukur. Okay, ni nak kasi tips utk memilih Barut Baby. Tapi ini hanyalah panduan sahaja. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada bayi masing-masing, kerana setiap bayi adalah berbeza.

S 17″ x 5″ (up to 3kg)
M 19″ x 5.5″ (up to 6kg)
L 21″ x 6″ (5kg & above)

Alaaa… Tapi baby belum keluar mana nak tau berat baby? Okeh, dia cenggini, utk baby newborn biasanya boleh gunakan Barut saiz S atau M. Saiz S atau M di gunakan semasa baby dalam hari, sebab biasanya ketika ini bayi tersangatlah kecil comel ya amat. Kalau pakai yang besar sangat dah macam barut pinjam pula. Hehehe…

Dek kerana baby cepat membesar, sekejap je berat dah naik, maka pada ketika itu barut saiz S atau M mungkin sudah tidak sesuai lagi di gunakan. Jadi pada ketika itu, barut saiz L pula di perlukan utk membarut perut bayi bagi mengelakkan kembung perut.

Tapi macam mana kalau saiz L pun dah tak muat??? Haaa pada ketika itulah perlunya Barut Gantung. Lagi-lagi kalau bayi yang mudah mengalami kembung perut, penggunaan Barut haruslah di teruskan sehingga bayi anda benar-benar bersedia untuk tidak memakai barut lagi. Sebab itulah di BedungBarutBaby kami menyediakan pelbagai jenis Barut Bayi dengan pelbagai saiz mengikut kesesuaian bayi anda.

Jadi kena beli semua saiz ke??

Itu terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Kerana seperti saya katakan tadi, setiap bayi adalah unik. Setiap mereka adalah berbeza. Waima anak pertama & kedua pun berbeza sifatnya.

Okay? Saya harap penerangan ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

Weight 0.175 kg

css.php